Sunday 20 October 2013

Entah ujian atau peluang sebelum Aidiladha 2013.

Malam itu. Teman sebilik yang mengambil subjek Sosiologi tiba-tiba mengajakku keluar.
Ke Damansara katanya. Otak ligat berpusing memikirkan atas tujuan apa.
"Kita akan menemu ramah golongan pondan di sana, ni atas tujuan assignment yang perlu disiapkan" katanya selamba sedangkan aku merasakan seram sejuk, tak pernah bertemu dekat dengan golongan itu sebegini.

"Rileks-rileks dah" katanya dengan loghat ganu. Akur. Cuba memberanikan diri. Malam itu pun memang free, apa salahnya ambil pengalaman atas dasar kajian assignment. 4 orang kami akhirnya sampai di destinasi.

1 jam setengah seperti bual bicara rancangan Majalah Tiga. Pendapat, pengalaman, luahan yang dikongsikan dikumpulkan sebagai data dan maklumat untuk dibentangkan nanti.

Ku mengamati. Kawan dan peristiwa hitam yang menimpa mereka merupakan faktor penting atas kemenjadian mereka sedemikian rupa. Suatu yang menarik, apabila ditanya, mereka juga tahu dari prospek agama, ada keinginan yang diluahkan untuk mereka berubah. Dan point yang penting untuk aku cerahkan mereka perlukan environment supports untuk perubahan itu selain keinginan sendiri untuk berubah.

Mungkin sesetengah pendakwah, penceramah dll belum pernah cuba untuk mendekati mereka, malah mewujudkan mental block dengan label dan tuduhan negatif, akhirnya menipiskan peluang untuk berubah. Salah siapa? Usah difikirkan salah siapa, fokus kepada solusinya bagaimana?

Pendakwah, penceramah, dll usah sekadar menggegarkan suara tanpa mengira di atas pentas politik, wakil parti mana, wakil NGO apa, jamaah mana, rancangan TV mana, golongan mana sekalipun. Perlu juga ada ruangan untuk bertemu dengan golongan sebegini. Kajian, perbincangan, solusi perlu ada untuk membantu mereka.

Ya, pengalaman berharga. Apapun, bukan sekadar ini. Ia mencetuskanku untuk melanjutkan kajian, pembacaan dll.

Tetapi satu yang membuat bulu roma menegak, perasan mereka banyak melihat-lihatku tatkala bual bicara. Tidak!!! Apapun, cuba beranikan diri untuk ilmu.

Yang nak tahu lebih banyak, jom kita berjumpa untuk kongsi-kongsi.
Salam Aidiladha.